Kalau Korang Ada Wang Tunai Ekstra, Apa Yang Korang Nak Buat Dengan Duit Tu?

Duit? Siapa yang tak nak duit kan? Setiap hari kita bekerja sebab nak kan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Nak bayar bil, sewa rumah, insurance dan nak beli barangan keperluan harian.

Selalunya setiap kali lepas dapat gaji dan selepas kita tolak keperluan diri, adalah sedikit wang ekstra. Itulah duit yang kita guna untuk menyimpan dan ‘berjoli’... Sekali sekala bila dapat duit ekstra lebih banyak daripada biasa, memang tersangatlah happy.

Tapi chup, jangan happy sangat. Kenalah plan apa yang korang nak buat kalau ada duit ekstra, kan? Ni kitorangkan kongsikan dengan korang pros and cons setiap tindakan bagi memudahkan korang buat pilihan.

Apa Korang Nak Buat Kalau Ada Wang Tunai Ekstra?

Ada orang nak simpan, ada pula nak bercuti dan tak kurang juga yang tak tahu lagi nak buat apa. Jom check out kebaikan setiap satu pilihan ni.

#1 Simpan dalam bank

Ni memang pilihan paling mudah dan paling ramai buat! Sebab risikonya rendah. Korang boleh keluarkan bila-bila masa korang nak guna duit. Tetapi kalau korang pilih cara ni, pulangannya pun kurang. Berapa banyak yang korang simpan, itulah jumlah yang korang dapat plus sikit dividen.

#2 Gunakan kepada produk untuk tingkatkan kesihatan

Kesihatan tu kan mahal harganya sebab itu nak dapatkan badan yang sihat kena usaha lebih. Kena makan makanan sihat dan kerapkan bersenam. Bila ada duit lebih, bolehlah join gimnasium dan beli peralatan senaman, nak beli basikal untuk join konvoi berbasikal atau jam dengan fungsi track degupan jantung serta jumlah aktiviti fizikal yang dilakukan pun boleh. Bila badan sihat, kos rawatan pun dapat dijimatkan!

#3 Melabur vs buat bisnes

Nak melabur ke buat bisnes? Kedua-duanya berisiko tinggi tetapi jika berjaya dilakukan, pulangannya lumayan. Masyuk beb! Tetapi jika silap percaturan, kenalah bersedia untuk tanggung kerugian!

#4 Beli insurans

Kalau korang buat pilihan yang ni macam sediakan payung sebelum hujanlah. Korang bayar sedikit demi sedikit tiap bulan, sebagai perlindungan untuk diri dan keluarga saat korang memerlukan. Tetapi insurans ni ada banyak jenis. Kenalah tau jenis yang korang ambil dan apa perlindungan yang korang dapat. Jangan main sign je tau!

#5 Tak tahu lagi

Ada juga yang jenis go with the flow. Tiada sebarang perancangan awal. Kalau korang jenis macam ni agak bahayalah. Iyalah, korang boleh spend duit ekstra tu pada perkara yang tidak perlu sedangkan ada banyak keperluan lain yang tak diberi perhatian. Rugilah kan?

Tidak kiralah korang dalam kategori mana letsgoforlife.com boleh bantu korang buat pilihan. Di letsgoforlife.com AXA Affin Life Insurance, korang boleh menyimpan dan pada masa sama dapatkan perlindungan untuk diri dan keluarga.

Macam Mana LetsGoForLife.com Boleh Bantu Korang Buat Pilihan?

#1 Ada pelan simpanan eSaver yang menawarkan komitmen jangka pendek serta jaminan pulangan sehingga 8 peratus.

#2 Menawarkan perlindungan untuk anda dan keluarga untuk 50 penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung dan diabetes. AXA eCritical Early Care, pelan online pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan komprehensif untuk penyakit kritikal seawal stage pertama hinggalah advance.

#3 Nak cari medical card dengan limit tahunan yang tinggi untuk satu keluarga? eMedic Plus menawarkan limit tahunan sehingga RM150,000 dan benefit tambahan seperti elaun harian dan ganjaran menarik.

#4 Tak tahu nak pilih mana satu? Korang boleh pilih AXA eCombo yang tawarkan insurance perubatan, penyakit kritikal dan insurans nyawa dalam satu pakej perlindungan pada harga berpatutan.

#5 Kalau korang masih tercari info tambahan, korang boleh je layari letsgoforlife.com. Kat website ni ada info bermanfaat, hiburan dan ganjaran. Bolehlah korang join peraduan #MyHidupRap untuk peluang menang iPhone 13 terbaharu dan baucar Grabfood bernilai RM50!

Macam Mana Nak Join Peraduan #MyHidupRap

Korang suka menyanyi? Inilah masanya korang tonjolkan bakat korang! Mulai sekarang hingga 17 Jun, korang cuma kena tunjukkan bakat nyanyian korang untuk peluang bawa pulang iPhone 13 terbaharu.

Caranya mudah je:

#1 Korang tengok contoh video nyanyian Adam Izzy ni.
#2 Download instrumental sound bit Hidup dan lirik kat #MyHidupRap.
#3 Lepas tu korang rakam video rap korang guna sound bite tadi dengan lirik sendiri.

Tak kisah dalam bahasa apa pun guys, asalkan ada perkataan ‘hidup’ atau ‘life’.

#4 Muat naik video korang tadi kat Instagram feed atau reels

Letak hashtag #LetsGoForLife and #MyHidupRap dan make sure akaun korang public ya.

Nama-nama pemenang akan diumumkan pada 24 Jun. So, apa tunggu lagi guys? Jomlah #MyHidupRap! Sementara tu, jom layan lagu Hidup nyanyi Adam Izzy dan NADDI ni. Enjoy!